Cari
  • Pak Atan

6 Tips Persediaan Sebelum Menonton Wayang Bersama Anak Kecil

Kemaskini: 14 Mac 2018



Sempena tayangan Konsert Hora Horey yang bakal berlangsung mulai 10 Mac ini, mesti ramai ibu bapa yang ragu-ragu akan kesesuaian keadaan pawagam untuk kanak-kanak.


Konsert Hora Horey akan ditayangkan di TGV Family Friendly, di mana suasananya akan diubahsuai untuk keselesaan kanak-kanak. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk post ini.


Kalau kali terakhir anda tonton wayang adalah sebelum bergelar ibu bapa, jadi mungkin anda perlu menyemak checklist ini untuk membuat persiapan.


Mungkin sudah lima tahun kita tidak menjejakkan kaki dalam panggung wayang, maka kita perlulah buat persiapan yang sewajarnya. Ini pula mungkin pengalaman pertama si manja menonton wayang.


1. TEMPAH TIKET AWAL


Malas nak beratur panjang untuk membeli tiket Konsert Hora Horey?


Untuk mengelakkan anak-anak anda daripada merungut atau hilang mood kerana terpaksa menunggu dan beratur panjang, ibu bapa bolehlah beli tiket Konsert Hora Horey secara online.


Beli cepat-cepat sebelum tiket habis! Si kecil gembira, ibu bapa pun senang hati dan keluarga drama free :)


Ibu bapa boleh beli tiket mulai 1 Mac 2018, pada pukul 3 petang.


2. JANGAN LUPA BAWA BAJU SEJUK


Walaupun di Malaysia kita selalu merungut sebab cuaca terlalu panas, tetapi ibu bapa harus bawa sweater untuk anak-anak sekiranya mereka kesejukan dalam panggung wayang.


Better to be safe than sorry!


3. PASTIKAN ANAK SUDAH KENYANG


Kita semua tahu bahawa kanak-kanak yang lapar adalah anak yang moody dan cranky. Sebelum menonton wayang, pastikan mereka sudah makan tengah hari atau alas perut untuk mengelakkan daripada kelaparan. Ibu bapa juga boleh membeli popcorn, nugget, hot dog dan sebagainya.


4. BAWA AIR, SUSU DAN SNEK “BABY FRIENDLY”


Kalau anak-anak anda masih lagi kecil dan perlu minum susu, bawalah botol susu mereka siap-siap ke panggung wayang.


Jangan risau, mesti ada ramai kanak-kanak yang akan meminta susu daripada ibu bapanya. Tak perlu nak kisah tentang apa orang cakap. Semua ibu bapa akan memahami kerana mereka juga sedang mengalaminya.


5. TUNJUKKAN TRAILER KEPADA MEREKA


Untuk membuatkan mereka rasa seronok, tunjukkanlah trailer Konsert Hora Horey kepada mereka. Ini akan membuat mereka tak sabar untuk hari tersebut!


Selain itu, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan menggalakkan mereka untuk menyiapkan kerja rumah sebelum Konsert Hora Horey (KHH). Jadi, setelah selesai menonton KHH, ibu bapa bolehlah berehat seketika dan tidak perlu mengingatkan mereka untuk menyiapkan kerja rumah. Macam best kan?


6. PRAKTIS LAGU BAHARU DIDI AND FRIENDS


Tahu tak bahawa Didi & Friends akan menerbitkan 17 lagu baharu sempena Konsert Hora Horey? Lagu-lagu ini direka khas untuk konsert ini dan akan disiarkan sebelum konsert tersebut supaya mereka dapat menghayati lagu-lagu itu sebelum menghadiri KHH di panggung wayang.


Tunggu apa lagi? Praktislah dengan si kecil supaya mereka akan menari dengan gembira semasa KHH!


Konsert Hora Horey akan ditayangkan di semua TGV Family Friendly di seluruh Malaysia mulai 10 Mac selama dua minggu!


Selain daripada TGV, terdapat juga pawagam lain yang akan tayangkan Konsert Hora Horey:


GSC Cinemas

Lotus Five Star (Kuala Terengganu)

Eastern Cineplex (Tawau)

City Cineplex (Kota Kinabalu)

The Mall, Brunei


Anda boleh tempah tiket secara online mulai 1 March 2018, pada pukul 3 petang.


Oh ya, jangan lupa untuk menyertai Kelab Didi & Friends untuk mendapatkan update terkini Didi & Friends!


#konserthorahorey #didiandfriends #tgvfamilyfriendly #anakkeciltengokwayang #moviewithkids

Didi & Friends™ & © 2020 Measat Broadcast Network System Sdn Bhd and DD Animation Studio Sdn Bhd.

All Rights Reserved.

Term of Use.  Privacy Policy